KOLEKSI KEK

KEK LAPIS COKLET RICE

 

BAHAN-BAHAN :

 

16 auns mentega ( Golden churn )

10 biji telur

1 ½  gelas tepung hong kong

1 bungkus kecil horlick ( 200gm )

1 tin kecil kaya

1 tin kecil susu pekat manis

200 gm coklet rice

sedikit vanilla

 

 

 

CARA MEMBUAT;

 

            Mentega dipukul hingga kembang. Ketepikan. Pukul telur hingga kembang dalam bekas lain. Satukan adunan telur dan mentega, gaul sehingga sebati. Masukkan vanilla,  susu dan kaya gaul sehingga sebati. Masukkan horlick sedikit-sedikit dan gaul sebati. Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit dan gaul sebati.

 

            Sediakan acuan 8” X 8”. Masukan 1 ½ senduk adunan, ratakan. Taburkan coklet di atas adunan. Bakar adunan selama 6 – 10 minit. Ulangi langkah ini sehingga adunan habis. Lapisan terakhir biarkan kosong.

 

– boleh bahagikan adunan kepada dua warna dan bakar berlapis.

 

 

 

 

 

 

KEK BATIK

 

BAHAN-BAHAN :

 

350 gm mentega ( Golden Churn )

8 biji telur

1 ½  gelas tepung gandum

1 bungkus kecil milo ( 200gm )

1 gelas nestum

1 tin kecil susu pekat manis

1 ½ sudu besar browning sugar

500gm Biskut Marie

sedikit vanilla

 

 

 

CARA MEMBUAT;

 

            Pukul  mentega sehingga kembang, masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga kembang. Masukkan vanilla, seterusnya  susu dan gaul sebati, seterusnya masukkan browning dan gaul sebati. Masukkan milo dan nestum sedikit-sedikit dan gaul sebati.

 

            Masukkan aduan dalam kuali dan masak dengan api sederhana kecil. Adunan mestilah sentiasa digaul. Gaul adunan sehingga adunan pekat dan warna bertukar gelap. Setelah adunan cukup pekat, masukkan biskut marie. Gaul sehingga rata dan tutup api.

 

            Masukkan adunan dalam acuan, ratakan dan tekan agar mampat. Biarkan adunan sehingga sejuk. Seelok-eloknya, masuk dalam peti sejuk sekejap barulah dihiris dan dihidang.

 

 

 

 

 

 

KEK HOLIDAY INN

 

BAHAN-BAHAN :

 

16 auns mentega ( Golden churn )

10 biji telur

2 gelas tepung biskut Marie

1 bungkus kecil milo ( 200gm )

1 bungkus kecil horlick ( 200gm )

1 tin kecil susu pekat manis

1 sudu besar browning sugar

sedikit vanilla

 

 

 

CARA MEMBUAT;

 

            Satukan mentega dan susu digaul sehingga sebati. Ketepikan. Pukul telur hingga kembang dalam bekas lain. Satukan adunan telur dan mentega, gaul sehingga sebati.. Masukkan tepung biskut Marie dan gaul hingga sebati. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.

 

Bahagian 1 – masukkan  browning sugar dan milo

Bahagian 2 – masukkan horlick

 

  • Kukuskan adunan selang berlapis milo dan horlick
  • Bilangan lapisan terpulang.
  • Dicadangkan 4 – 6 lapisan milo dan horlick.

 

 

 

 

 

 

KEK MASAM MANIS

10 Biji telur

16 0z mentega

1 gelas gula ( boleh dikurangkan)

1 ¾ gelas tepung roti marie

Masam manis keranji

1 tin susu

Esen vanilla

1 tin kecil kaya

Pewarna (jika suka)

 

 

CARA MEMBUAT,

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Pukul telur dalam tempat lain hingga kembang. Satukan mentega dan telur, masukkan esen vanilla dan gaul rata. Masukkan kaya dan tepung roti sedikit-sedikit dan gaul sehingga sebati.

            Bahagikan masukan pewarna dan gaul sebati. Kukus adunan berlapis dengan dengan masam manis keranji sehinga habis adunan. Lapisan terakhir biarkan kosong.

 

 

 

 

 

 

 

KEK NAKHODA

 

BAHAN-BAHAN :

 

(450g) 16 auns mentega ( Golden churn )

10 biji telur

2 gelas tepung gandum

1 bungkus kecil milo ( 200gm )

1 bungkus kecil horlick ( 200gm )

1 tin kecil kaya

1 tin kecil susu pekat manis

3 sudu besar browning sugar

sedikit vanilla

 

 

 

CARA MEMBUAT;

 

            Satukan mentega, susu dan kaya, gaul sehingga sebati. Ketepikan. Pukul telur hingga kembang dalam bekas lain. Satukan adunan telur dan mentega, gaul sehingga sebati. Masukkan browning sugar dan gaul sehingga sebati. Masukkan horlick dan milo sedikit-sedikit dan gaul sebati. Masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.

 

            Masukkan adunan dalam acuan dan kukus sehingga 4 jam.

 

  • Gunakan acuan besar (9″ X 9″) atau bahagikan kepada dua acuan kecil dan besar.
  • Masa kukusan boleh dikurangkan kepada 2 jam sahaja.

 

 

 

 

 

 

 

KEK BATIK HORLICK

 

BAHAN-BAHAN :

 

350 gm mentega ( Golden Churn )

8 biji telur

1 ½  gelas tepung gandum

1 bungkus kecil milo ( 200gm )

1 gelas nestum

1 tin kecil susu pekat manis

200 gm Horlick

500 gm Biskut Marie

sedikit vanilla

 

 

 

CARA MEMBUAT;

 

            Pukul  mentega sehingga kembang, masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga kembang. Masukkan vanilla, seterusnya  susu dan gaul sebatii. Masukkan milo, horlick dan nestum sedikit-sedikit dan gaul sebati.

 

            Masukkan aduan dalam kuali dan masak dengan api sederhana kecil. Adunan mestilah sentiasa digaul. Gaul adunan sehingga adunan pekat dan melekit. Setelah adunan cukup pekat, masukkan biskut Marie. Gaul sehingga rata dan tutup api.

 

            Masukkan adunan dalam acuan, ratakan dan tekan agar mampat. Biarkan adunan sehingga sejuk. Seelok-eloknya, masuk dalam peti sejuk sekejap barulah dihiris dan dihidang.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s